• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Profil
  • Piagam Pelanggan
  • Berita Maipk

MAIPk SALUR BANTUAN BINA RUMAH 3 BILIK BERNILAI RM93,500 KEPADA ASNAF DI SAUK

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Cawangan Kuala Kangsar terus komited dalam memastikan kesejahteraan golongan asnaf melalui penyediaan tempat tinggal yang selesa dan selamat.

Bantuan bina rumah 3 bilik berkeluasan 850 kaki persegi bernilai RM93,500.00 telah disalurkan kepada Mohamad Addy bin Mohamad Labib yang menetap Kampung Tahan Chegar Galah, Sauk, Kuala Kangsar.

Penyerahan bantuan telah disempurnakan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Timur, En. Zul-Azri bin Hosaini sebagai tanda keprihatinan MAIPk dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya dalam menyediakan kediaman yang lebih sempurna untuk meneruskan kehidupan harian.


 

KUNJUNGAN HORMAT MAIPk KE PEJABAT PEMBAHAGIAN PUSAKA PERAK PERKUKUH KERJASAMA PENGURUSAN HARTA PUSAKA

IPOH, 10 April 2026 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk), telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Pembahagian Pusaka, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Baitulmal, Encik Ahamad Muzammil bin Arbain dan telah disambut oleh Tuan Haji Muhammad Muhaizan bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Pejabat Pembahagian Pusaka. Turut hadir ialah Encik Mohd Haikal bin Aris, Penolong Pengarah Kanan Pejabat Pembahagian Pusaka serta Encik ‘Abdullah Az Zubair bin Baharuddin, Penolong Pengarah Pejabat Pembahagian Pusaka.

Pertemuan ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan kaedah pengurusan harta pusaka yang melibatkan Bahagian Baitulmal, khususnya dalam usaha memperkemas tatacara pentadbiran serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.


𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜

Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) ingin memaklumkan bahawa permohonan Bantuan Zakat hanya SAH melalui sistem rasmi berikut:
https://bestari.maipk.gov.my/⁠

⚠️ Sebarang pautan atau laman web selain daripada pautan rasmi yang dinyatakan adalah TIDAK SAH dan berpotensi mengelirukan orang awam.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memastikan setiap permohonan dibuat melalui saluran yang sah bagi mengelakkan sebarang unsur penipuan.


MAIPk ZON UTARA ZIARAH WARIS MANGSA KEMALANGAN

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Zon Utara telah mengadakan ziarah ke atas waris mangsa kemalangan maut yang berlaku di Jalan Raya Barat, Klang, dengan menziarahi isteri mangsa, Nor Nadia binti Abdul Majid. Ziarah ini bertujuan menyampaikan sumbangan serta menilai keperluan semasa waris bagi memastikan kelangsungan kehidupan mereka terus terbela.

Dalam lawatan tersebut, bantuan kecemasan tunai berjumlah RM1,000 telah disampaikan oleh Pengurus Besar MAIPk Zon Utara, Mohd Saufi bin Ibrahim. MAIPk komited untuk terus menyalurkan bantuan bersesuaian kepada waris mangsa dan keluarga berdasarkan keperluan semasa, sebagai usaha meringankan beban yang ditanggung.

Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah YADIM Perak, Ramdani Abdul Karim; Penghulu Kanan Mukim Batu Kurau, Ahmad Zarudi Shahrani; serta Penghulu Mukim Batu Kurau, Zul Hakimy Osman.

Terdahulu, mangsa dilaporkan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan yang dipandu secara berbahaya dan disyaki berada di bawah pengaruh alkohol. Kenderaan tersebut dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh mangsa, menyebabkan kematian di tempat kejadian.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.